Al-fatihah Chef Terkenal Tanah Air Meninggal Akibat Di Tembak.. Hilang Sebutir Permata Negara

Tak Bai  : Seorang Chef yang popular di Kelantan khas nya di Kota Bharu dan Tumpat maut di Tak Bai Thailand akibat terkena tembakan sesat malam tadi.

Loading...

Mangsa yang kenali dengan nama Wan Rusharil Bin Wan Mohd Zain atau lebih dikenali dengan nama Zain Hussin maut ditempat kejadian akibat parah terkena tembakan.

Ketua polis Daerah Takbai Pol.Kol.Phacharapon Na Nakorn berkata beberapa orang lelaki yang lengkap dengan senjata api menaiki sebuah pickup pacuan empat roda melepaskan tembakan ke atas pegawai polis di pusat pemeriksaan di Kg Cek He Takbai.

Kejadian berlaku pada jam 9.30 malam Kata polis Chef Zin menaiki motosikal apabila sampai di tempat kejadian polis membuat pemeriksaan motosikal mangsa.

Tambah polis ketika polis memasuki kawasan kejadian untuk memberi bantuan sebutir bom yang di letak tepi jalan meletup satu kilometer dengan tempat kejadian tembakan.

Sasaran awal penembak tersebut pada pihak Polis yang bertugas di pusat pemeriksaan namun arwah terkena tembakan itu.

 

Loading...