MISTERI!!Penemuan Objek Aneh Di Langit Oleh Murid Tahfiz


Hampir 25 tahun dahulu pada Oktober 1992, ada sekumpulan 200 orang pelajar dan guru-guru dari sekolah agama di Klang telah mendakwa dorang nampak beberapa objek aneh di langit. Bukan satu dua, tapi 26 buah secara keseluruhannya. Daripada bentuk janin bayi, mayat yang dikafankan dan beberapa lagi objek yang boleh buat korang kecut perut bila tengok.
Apa yang dorang nampak sebenarnya?

Loading...

Peristiwa ini berlaku pada 9 Oktober 1992 apabila 200 pelajar dan kakitangan Sekolah Agama mendakwa yang dorang melihat mej aneh muncul secara tiba-tiba di langit sekitar jam 11.30 malam hingga 3.00 pagi.
Budak-budak ini mula perasan tentang kehadiran objek tersebut ketika dalam perjalanan pulang ke asrama selepas menghadiri kelas prep. Objek itu jelas kelihatan dengan berlatarbelakangkan merahwalaupun ketika itu langit dikatakan gelap tanpa bulan dan bintang.
Dalam masa dekat 4 jam itu, dorang nampak rambut perempuan yang sedang berlari ditarik, sayap burung berkibar, perempuan berwajah khinzir, kala jengking, dua orang bergaduh kemudian bersalaman, lelaki berserban sujud ke arah Kaabah apabila yang lain membelakangi Kaabah dan sujud ke arah belakang Kaabah.

Auto Draft
Bukan takat itu je, dorang juga telah melihat kalimah Allah, manusia berkepala anjing, batu nisan, janin, manusia, mayat dibungkus, sebiji mata warna merah seperti orang sedang marah, lidah panjang, lidah dipotong dan disambung semula dan yang ini dorang cakap telah ditayangkan sebanyak tiga kali.

Tak habis lagi ni, dorang nampak jugak peta Malaysia terbalik di mana Singapura terletak sebelah atas, botol arak, salib bertukar menjadi kubah, ayam, seekor ikan, peta negara Arab, mayat yang dah siap dikafankan, burung, orang berdoa dan tangan ingin mencapai sesuatu tetapi gagal dan di tapak tangannya pula ada tanda bulat.
JAIS sendiri mengakui bahawa kejadian ini memang benar berlaku
Betul atau tidak cerita ini tadi, memang banyak benda-benda pelik yang berlaku di Klang lepas tu. Malah ramai mula taksub dengan bendalah ini sampaikan ada yang bina 3 bijik kapal besar kerana beranggapan bahawa Klang akan mengalami banjir besaryang dahsyat.

Auto Draft

Inilah salah satu kapal yang di bina di Klang oleh Ajaran Sulaiman (Bahtera Nabi Nuh) yang kini terbiar selepas pergerakan kumpulan dorang diharamkan Jais. Sumber dari salamperantau.blogspot.my

Yang sedihnya, mereka yang terpengaruh dengan cerita ini tadi telah menyumbang dalam kutipan derma kilat yang dilancarkan sampaikan dorang berjaya menyiapkan 3 buat kapal.
Bukan takat itu sahaja, oleh sebab pada tahun 1992 WhatsApp dan WeChat tak wujud lagi, ada pihak yang mengambil kesempatan dengan menjual gambar-gambar objek aneh ini tadi untuk keuntungan dorang sendiri.
Tapi, tak boleh jugak nak salahkan masyarakat 100% kerana pada awal kejadian ini pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sendiri telah memperakui bahawa kejadian ini memang benar-benar berlaku.

Daripada siasatan awal Jais, dorang telah mengumpul maklumat dengan menemubual 11 pelajar serta empat guru dalam kejadian ini dan mendapati keterangan semua saksi adalah sama serta tidak bercanggah.

Auto Draft

Sehubungan itu, Jais pada sidang media 10 Oktober 1992 mengumumkan bahawa dakwaan kemunculan 26 objek aneh di langit seperti disaksikan 200 pelajar dan beberapa guru itu adalah benar dan bukannya rekaan.

Kisah ini dianggap benar pada mulanya mungkin kerana kejadian ini berlaku kepada pelajar sekolah agama, malahan jumlah dorang ramai sehingga 200 orang. Dengan rekod jalan penceritaan yang sama, mungkin itu yang menyebabkan pihak JAIS mengesahkan kejadian ini.

Kejadian aneh ini juga mula meninggalkan kesan psikologi yang mendalam terhadap kumpulan pelajar berkenaan. Mereka ketakutan sehingga tiada lagi selera makan, asyik menangis dan beribadat dengan membaca al-Quran, berpuasa dan solat.

Jabatan Perdana Menteri kemudiannya bagitahu benda ini semua satu penipuan
Kecoh jugaklah Malaysia masa itu dengan peristiwa ini. Keadaan yang tidak terkawal dan panik dalam kalangan masyarakat akhirnya telah memaksa Bahagian Hal-Ehwal Agama Islam, Jabatan Perdana Menteri (BHEAI-JPM) pula melakukan siasatan.

Dan akhirnya dorang mengisytiharkan bahawa kejadian Objek Di Langit ini hanyalah satu penipuan dan rekaan semata-mata.

Laporan yang dorang keluarkan juga mengesahkan objek di langit itu hanyalah khayalan kumpulan pelajar sekolah agamahasil daripada pendewaan dorang terhadap sorang guru agama kat sekolah tu yang dipercayai menyebarkan ajaran sesat.

Siasatan JPM juga menunjukan bahawa pemikiran pelajar ini tadi telah dipengaruhi menerusi pendekatan pendewaan supaya apa-apa sahaja yang dikatakan oleh cikgu dorang adalah benar. Kiranya dorang kena brainwash lah dengan ustaz kat sekolah tu.

Bukan takat itu je, JPM juga telah mengesahkan ustaz yang terbabit pada malam tersebut turut terlibat dalam aktiviti kumpulan sesat iaitu Ajaran Sulaiman (Bahtera Nabi Noh) dan dia jugalah yang menjadi dalang dalam kutipan derma untuk membina bahtera sebagai persediaan dorang untuk hari kiamat.

Kesimpulanya, susah sebenarnya nak merumuskan bahawa peristiwa ini memang benar-benar berlaku atau tidak, ditambah pula dengan kenyataan JAIS dan JPM yang bercanggah dan memeningkan masyarakat. Walaupun kisah objek di langit ini sudah lama berlalu, namun ianya masih kekal menjadi salah satu misteri bagi masyarakat Malaysia sehinggalah ke hari ini.

Credit:soscili

Loading...