Try Angkat Ibu Jari Dan Ketahui Rahsia Personaliti Korang Disebalik Bentuk Yang Terhasil

Bayangkan kehidupan tanpa jari. Mungkin bagi mereka yang bekerja tidak boleh menaip pada papan kekunci komputer masing-masing, tidak boleh menulis dan pelbagai lagi.

Loading...

Jari memainkan peranan yang penting dan unik di dalam kehidupan kita. Cap jari kita juga menyimpan pelbagai data berkaitan dengan diri.

Justeru, kami ingin mengupas rahsia di sebalik bentuk ibu jari anda apabila ia diangkat. Teruskan membaca!

Sudah kenalpasti bentuk yang mana satu? A? B? atau C?

Bentuk A (Tegak)

Try Angkat Ibu Jari Dan Ketahui Rahsia Personaliti Korang Disebalik Bentuk Yang Terhasil

Anda merupakan seorang yang sangat berdikari, kerana apa pun terjadi anda hanya mengharapkan pada diri sendiri sahaja. Jika anda terlibat di dalam sesuatu perkara, anda akan pastikan perkara tersebut diselesaikan.

Sungguhpun ianya merupakan sesuatu yang bagus kerana anda boleh mencipta kejayaan sendiri, tetapi anda harus berhati-hati! Hal ini kerana jika anda berjuang seorang diri, anda akan cenderung untuk berasa sunyi.

Bentuk B (Sedikti condong ke hadapan)

Try Angkat Ibu Jari Dan Ketahui Rahsia Personaliti Korang Disebalik Bentuk Yang Terhasil

Daripada luar, anda kelihatan tenang tetapi realitinya anda seorang yang agak cuai sebenarnya. Anda sentiasa memendam perasaan, supaya orang lain boleh meneka apakah yang berada di dalam kotak fikiran anda.

Anda juga sangat perihatin terhadap orang di sekeliling anda, malangnya anda tidak menumpukan perhatian kepada diri anda sendiri.

Bentuk C (Sedikit condong ke belakang)

Try Angkat Ibu Jari Dan Ketahui Rahsia Personaliti Korang Disebalik Bentuk Yang Terhasil

Anda merupakan seorang yang sangat yakin terhadap diri sendiri, meletakkan keutamaan kepada diri anda dan tidak pentingkan pandangan orang lain terhadap sesuatu perkara.

Bagi seseorang yang baru mengenali anda, mereka akan mempunyai persepsi negatif terhadap anda.

Namun, apabila mereka benar-benar mengenali anda, barulah mereka kenal siapa anda sebenarnya dan mereka begitu senang dengan kehadiran anda. Jadi, yang mana satukah jari anda?

Credit Era Baru

Loading...